Sunday, 10 August 2014

Aku Dan Kura-Kura

Aneh tapi benar...

inilah antara pengalaman unik aku dalam dunia hanyir.....

Sekali lagi,lokasi di Sungai Putat...

Berumpankan ketulan hot dog.....


Jeng3

Bersama joran Blackmax di belakang


WOWW

Si tua kura-kura... haha

Tak sangka yang menyambar umpan ini adalah kura-kura.,
hehe,., kura-kura dibawa pulang ke rumah,.,   dan akhirnya dilepaskan ke tempat asalnya....

Kura-kura ini memang besar dan dia sempat mengigit sedikit jari saya ketika hendak mengeluarkan mata kail dari mulutnya.. Kesannya,, terdapat darah beku pada jari saya..Alhamdulillah sekarang sudah pulih.  Tak sangka kura-kura yang disangka slow ni mempunyai tindakan reflex yang pantas dan gigitan yang kuat sekali,.,  

Jadi kepada anda yang terjumpa kura-kura.  Jangan dibuat main. Ianya bahaya !!






My casting world^^

  Haaaiiiii,,,  Assalamualaikum...

cantik tak umpan-umpan diatas. Ianya dipanggil gewang tau, atau lure dalam bi...Ini adalah antara koleksi saya,,  Sikit je ada.. Masih baru hendak berjinak,.,  Jaga-jaga, gewang-gewang ini berupaya memperdaya ikan pemmangsa seperti toman dan haruan tau,,dan beberapa ikan yang lain, haha  

Lihatlah ikan haruan pertama yang berjaya  diperdayakan di kawasan sungai putat....



Ikan haruan ini masih remaja kerana warnanya belum hitam sepenuhnya,., Namun sudah cukup besar untuk dimakan haha,., 

Untuk pengetahuan semua(cehh macam ramai je yg yg baca ni.,.)>> ikan haruan ini agak sukar untuk ditangkap.,.  gewang harus dibaling berulangkali dan ianya sangat berbeza daripada pengguanaan umpan hidup yang hanya perlu ditunggu..   Gewang ini harus dimainkan mengikut kesesuaian jenis gewang dan suasana tempat itu,.,  Pemilihan kawasan juga perlu diambil kira kerana tidak semua kawasan air tawar mempunyai haruan.. 

Bila gewang disambardisaat kita sedang memainkannya...  satu perasaan baru akan muncul., rasa xcited dan kepuasan yang teramat sangat dapat dirasai,.,  itulah perasaan yang saya dapat rasa,., walaupun ikan ini bersaiz sederhana,., namun, dia memberikan kejutan yang agak dasyat untuk saya yang baru berjinak dalam dunia casting ni,,.  
  
Bagi mereka yang hendak mula menceburi dunia casting ini,., nasihat saya,.selidik dahulu sesuatu kawasan jika terdapat jenis ikan yang dikehendaki atau tidak,,. atau anda juga boleh meneroka kawasan itu mengguanakan gewang anda,., yang penting ialah jangan putus asa..anda mungkin terpaksa cast beratus kali untuk mendapatkannya...

Guna katak hidup macammana?ha, katak hidup pun boleh, tetapi, berdasarkan pemerhatian di tempat saya,., ikan haruan lebih mudah tertipu dengan gewang..  terpulang la kepada diri masing-masing untuk teroka ok^^



Bukan rezeki...Barang yang lepas jangan dikenang....

Hidup ini ada up dan down nya....

inilah saat down saya....

Setelah beberapa jam menanti ikan yang tak kunjung tiba.....

Tiba-tiba....

yeahhhh
Setelah ditarik.,  terasa berat je,.,  rupa-rupanya mata kail tersangkut pada jaring bom yang lama terbiar.. tengok-tengok ada udang kara yang sedang tersangkut di jaring itu,., 

Best oo rse ble tengok udang kara tu,.,  pertama kali dapat,., haha...,,
Tapi,.,  rasa best itu tidak kekal lama,.,.
 Memang silap kerana meninggalkan udang kara itu di plastik tanpa diawasi,,. 
Akhirnya udang kara itu telah hilang...  hanya plastik sahaja yang ada...T_T

Setelah puas mencari disekitar.,akhirnya saya terpaksa merelakan pemergiannya...mungkin bukan rezzeki  saya...
Akan tetapi!!!!
kehilangan udang kara itu membakar lagi semangat saya untuk memburu sang penyepit itu.,,nantikanlah wahai udang-udang sekaliannnnnn.

maaf gambar tidak jelas kerana gelap,.,


Rezeki Tasik Air Keruh

Selama 3 malam....

Berumpankan cengkerik...krik..krrik....

Kami 4 sahabat serumah....

Memegang 4 joran...

Jeng3..ini la antara hasilnya...


Dengan jumlah keseluruhan ikan keli yang berjaya ditangkap sebanyak 30 ekor.. fuuhh memang banyak oo...  

Tapi dalam banyak-banyak tu, saya tidakla mendapat tangkapan yang terbanyak.. hehe..  dalam 3 hari,, sehari seekor je saya tangkap,, jadi jumlah tuk saya cuma 3 sahaja,.,  hehe,., tapi hasil kerjasama kami dapat juga la 30 ekor ni,, Maaf gambar ikan yang selebihnya tidak dapat ditunjuk...

Lepas dapat ni.. mulalah proses mengasingkan...ikan yang masih hidup dibiarkan di dalam besen manakala ikan yang sudah mati disiang.. 

Selapas itu

Makanlah apa lagi..haha

Ikan ini ada yang dimasak menggunakan oven dan ada yang dimasak dengan menggoreng...  


Tapi sayang....

Selepas beberapa hari,, ada ikan yang diletakkan di dalam besen kerana masih hidup sudah terkena jangkitan.. kerana terdapat bintik-bintik putih pada badanya..Mungkin terkena parasit(google)...

Akhirnya ada yang terbuang,,.  HMMM

 mungkin itu bukan rezeki kami,.,Sesungguhnya rezeki itu milik Allah...Jangan la kita lupa kepadaNya.. 

Apapun

The experiences are the bestttt !!!! The three nights really gave us the 'feel'
 ada malah yang hampir kami terkena hujan,,ada malam yang anginnya cukup kuat.. ada malam yang banyak bintang...

Kami juga berkongsi pengalaman bersama pemancing-pemancing lain. Ada yang saya  lihat mereka memancing menggunakan kaedah yang dipanggil bom,.,Banyak juga ikan yang  mereka dapat.,. antara ikan yang berjaya ditangkap menggunakan kaedah itu ialah ikan kapak,.,  Ikan kapak ni rasanya seperti ayam sedikit.,  Mereka ada memberikan sebahagian kepada kami,.,Kaedah bom ini juga sesuai untuk menangkap udang... 

Kaedah bom ini masih baru lagi bagi saya..Masa akan datang nanti saya akan cuba kaedah bom ini..  Saya akan tunjukkan gamba-gambar kaedah yang dipanggil bom ini sesudah saya menggunakannya okayyy^^



Ikan Kecil pun boleh laaa


 Haha,, siapa tau ni ikan apa,.,?? Ni lah ikan bandaraya.,., atau  lebih dikenali sebagai ikan lumut,., Haha,.,   ikan ni berjaya ditangkap juga di Sungai putat,.,  haha,. Jangan salah faham,.,  ikan ini tidak ditangkap menggunakan joran jenama Blackmax milik saya, tetapi ditangkap menggunakan bubu buatan sendiri yang dibuat menggunakan botol air mineral 1500ml..Inilah jurutera namanya..haha

Maaf, gambar bubu tidak dapat ditunjuk kerana sudah musnah. Nanti ada peluang, buat lagi,,,akan ditunjuk di sini..hehe   Umpan yang digunakan untuk menjerat ikan jenis ni ialah sisa-sisa tulang makanan seperti ayam dan roti sedikit..  Ikan ini saya hadiahkan kepada teman sebilik saya.. Cantik tak dia hiaskan akuarium tu.. Khas untuk ikan tu je ,.,haha.. sebelum ni ada ikan laga milikdia, tetapi sudah mati..  Ikan lumut tu masih bertahan lagi...semoga membesar dengan sihat la ok ikan,.,


First Fishes


 Inilah ikan pertama ku,.,Saya sehingga hari ini masih mencari jenis ikan ini,.,Mungkin ikan tengas..Tapi ni nak cerita,,memancing di waktu petang selepas hujan ,memang layan..Menikmati petang yang indah sambil menunggu cengkerik disambar hidupan air di Sungai Putat Melaka. Fuhhh,.,  Nak2 umpan disambar untuk pertama kalinya,., Rasa nak meletop je jantung ni,.,  Disinilah saya mula jatuh hati dalam dunia hanyir,.,

Wait2. Ingat dapat ikan ni je ke,,haha


ni dia,, keli pertama yg berjaya ditumpaskan.. Kalau kita terjemahkan nama ikan ni dari bi ke melayu, di dipanggil 'kucing ikan' or catfish. Mungkin kerana misai2 ikan tu, di gelar catfish agaknya..Ikan ni agak ganas dan agak sukar juga hendak menaggalkan mata kail dari mulutnya. Setelah beberapa minit, berjaya juga mata kail ditanggalkan


Jadi apa lagiiiiiii





Lepas siang sume n penggal kepala keli tu.. saya bersama teman sebilik terus bakar je. haha
Terus jadi lauk tuk makan malam, Cantik tak api tu..huhu

My First Step

Joran saya yg hitam itu laa

Disinilah dunia hanyirku bermula. Pada awal tahun 2014, bermodalkan Rm50, saya membeli joran jenama Blackmax bersama mesin jenama Pioneer.  Semua sekali satu set lengkap. Saya beli bersama sahabat-sahabat saya.  Ketika ini, ilmu tentang memancing masih kosong. Maklumlah baru hendak berjinak-jinak. Niatnya ingin melepaskan tekanan dalam study..haha..Semoga hobi ini memberi banyak pngajaran untuk saya^^  


p/s: Ha, yg korang nampak plastik putih tu,,  dalamnya ada cengkerik. Jadi umpanla beliau.