Monday 11 August 2014

My mini bubu tutorial

Assalamualaikum...

Ok kali ini saya ingin menunjukkan bagaimana caranya membuat bubu yg berjaya memerangkap ikan bandaraya aka ikan lumut yang ada saya  post sebelum ini.

Carilah untuk tahu ceritanya ok ^^


Ini lah antara bahan asas yang perlu ada.
           

  • Botol mineral kosong  tanpa mengira jenama(tidak    ada niat nak promote air desa tu tauu
  • Gunting
  • Stapler
  • Kertas putih(Supaya tidak basah karpet member, kalau karpet sendiri tak apa)






                                     
Potong bahagian atas botol. Pada lekukan pertama di botol.  Potong juga pada penutup botol.

Pastikan anda diperhatikan oleh orang dewasa semasa memegang gunting haha







Kemudian kita potong bahagian atas tu. Potong la supaya tajam bahagian atas-atas tu.. Lagi tajam lagi bagus okeyh.










Lepas tu masukkan bahagian atas tadi, ke badan dia secara terbalik. Jika tidak muat, potongkan sedikit di bahagian atas badan.  Buatlah macammanapun supaya ia muat fit seperti

  ini

Lepastu kita


Seterusnya..


Letakkkan tali dibahagian atas sahaja.  Dan pastikan anda membuat lubang kecilllll pada bahagian dasar botol itu untuk air masuk melalui bawah..     kecil sahaja..!!



Itu sahaja cara untuk membuat bubu inii   

TAPIIII

cara untuk memasangnya belum lagiiii

JANGAN BERHENTI MEMBACA
  1. Letakkan batu di dalam botol itu sehingga anda yakin batu itu mampu menenggelamkan bubu anda hingga ke dasar dan mampu menahan arus air mengalir
  2. Letakkan sebarang umpan yang anda inginkan mengikut ikan sasaran anda.(Saya letak sisa makanan untuk memerangkap ikan bandaraya kecil;sila rujuk di post yang sebelum ini ok)
  3. Ikat benang yang terdapat pada bahagian atas bubu itu pada mana-mana tempat yang memudahkan anda untuk menarik kembali bubu itu
  4. Tunggu sehingga hilang sabar.
  5. lepastu tarikk sahaja dan kalau ada rezeki, adalah...

Sekian..
  

P/s:
Bubu ini adalah rekaan sendiri,,
 jika ada persamaan itu kebetulan semata-mata. 
Jangan claim itu ini.
Kalau tak jadi jangan salah saya   haha


Sebarang soalan dialu-alukan^^







No comments:

Post a Comment