Sunday 10 August 2014

Rezeki Tasik Air Keruh

Selama 3 malam....

Berumpankan cengkerik...krik..krrik....

Kami 4 sahabat serumah....

Memegang 4 joran...

Jeng3..ini la antara hasilnya...


Dengan jumlah keseluruhan ikan keli yang berjaya ditangkap sebanyak 30 ekor.. fuuhh memang banyak oo...  

Tapi dalam banyak-banyak tu, saya tidakla mendapat tangkapan yang terbanyak.. hehe..  dalam 3 hari,, sehari seekor je saya tangkap,, jadi jumlah tuk saya cuma 3 sahaja,.,  hehe,., tapi hasil kerjasama kami dapat juga la 30 ekor ni,, Maaf gambar ikan yang selebihnya tidak dapat ditunjuk...

Lepas dapat ni.. mulalah proses mengasingkan...ikan yang masih hidup dibiarkan di dalam besen manakala ikan yang sudah mati disiang.. 

Selapas itu

Makanlah apa lagi..haha

Ikan ini ada yang dimasak menggunakan oven dan ada yang dimasak dengan menggoreng...  


Tapi sayang....

Selepas beberapa hari,, ada ikan yang diletakkan di dalam besen kerana masih hidup sudah terkena jangkitan.. kerana terdapat bintik-bintik putih pada badanya..Mungkin terkena parasit(google)...

Akhirnya ada yang terbuang,,.  HMMM

 mungkin itu bukan rezeki kami,.,Sesungguhnya rezeki itu milik Allah...Jangan la kita lupa kepadaNya.. 

Apapun

The experiences are the bestttt !!!! The three nights really gave us the 'feel'
 ada malah yang hampir kami terkena hujan,,ada malam yang anginnya cukup kuat.. ada malam yang banyak bintang...

Kami juga berkongsi pengalaman bersama pemancing-pemancing lain. Ada yang saya  lihat mereka memancing menggunakan kaedah yang dipanggil bom,.,Banyak juga ikan yang  mereka dapat.,. antara ikan yang berjaya ditangkap menggunakan kaedah itu ialah ikan kapak,.,  Ikan kapak ni rasanya seperti ayam sedikit.,  Mereka ada memberikan sebahagian kepada kami,.,Kaedah bom ini juga sesuai untuk menangkap udang... 

Kaedah bom ini masih baru lagi bagi saya..Masa akan datang nanti saya akan cuba kaedah bom ini..  Saya akan tunjukkan gamba-gambar kaedah yang dipanggil bom ini sesudah saya menggunakannya okayyy^^



No comments:

Post a Comment